| |
|
Adakah anda mempunyai adik perempuan yang telah berkahwin? Seandainya adik ipar anda meninggal, adik perempuan anda datang dan meminta anda membantu keluarganya, berapakah anda dapat berikan kepadanya sebulan? Satu ribu ringgit sebulan? |
|
|
Y!Messenger Online Presence |
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
| |
Blog Bacaan
|
10 laluan bakal di lalui oleh manusia dari dunia ke akhirat. |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Monday, 04 June 2007 |
LALUAN MENUJU KE KUBUR Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji *Hindarkan perasaan irihati ( benci ) *Jangan terpengaruh dengan harta dunia *Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil ) LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL *Bersihkan diri dgn bertaubat *gembirakan hati orang mukmin *Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal. *Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR * Mengucap dua kalimah syahadah * suka memberi Sedekah * Berkata Benar * Bersihkan dan perbaiki diri LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN * Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat * Sucikan perkataan dan pakaian * Bersyukur dgn yang sedikit * Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN * Jauhkan perkataan sia-sia *Pendekkan cita-cita dunia * Banyakkan puji pujian kepada Allah * Banyakkan sedekah dan khairat LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM * Kasihanilah aulia Allah Ta'ala * Berbaktilah pada ibu bapa * Berpegang teguh pada hukum syarak * Bercakap perkataan yang baik sesama manusia LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA * Banyakkan membaca al-quran * Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu * tinggalkan perkara yang maksiat * Jauhkan segala yang haram LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA * membuat kebajikan seberapa yang boleh * Kasihi orang yang soleh * kerjakan segala suruhan allah * Merendahkan diri di antara sesama makhluk LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD * kasihilah nabi Allah Taala * kasihilah Rasullullah * tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala * banyak selawat Nabi SAW LALUAN UTK BERTEMU ALLAH *Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala * Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala * betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala * Bencikan segala yang diharamkan Nya." http://hidupsihat.com |
|
|
BILA KEIMANAN JADI SANDARAN |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Saturday, 17 March 2007 |
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan. “Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.” Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan. Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata: “Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.” Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.” Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri. Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat. Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.” Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah. |
|
|
KEMULIAAN DAN KEUTAMAAN TAQWA |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Saturday, 17 March 2007 |
Taqwa Adalah Kemuliaan Allah sangat memerintahkan kita supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa sehingga untuk itu Allah membuat bermacammacam janji muluk untuk sesiapa yang bertaqwa. Taqwa adalah sumber bagi segala kekayaan. Memiliki taqwa ertinya memiliki segala-galanya, yakni segala kesenangan lahiriah dan batiniah. Orang bertaqwa, dengan jawatan tinggi yang disandang, dia tidak sombong. Dengan kekayaan yang dimiliki, dia tidak bakhil. Dengan ilmu yang tinggi, dia tidak berlagak dan takbur. Kalau dia miskin, dia akan redha dan tidak hasad dengki. Alangkah hebat dan bijaknya orang yang memburu taqwa. Kerana taqwa mengatasi nilai pangkat, degree, gaji besar, banyak harta dan lain-lain lagi. Taqwa adalah satu darjat tertinggi di sisi Allah. Kalau manusia memperolehinya, jadilah dia semuliamulia dan seagung-agung manusia. Allah berfirman: Maksudnya: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13) Cara hidup orang bertaqwa berbeza sekali dengan cara hidup orang yang tidak bertaqwa. Bezanya bagaikan langit dan bumi. Sama ada cara hidup dalam rumah tangga, dalam jemaah, dalam negeri atau dalam negara. Bagi orang-orang yang bertaqwa, banyak perkara yang pelik atau keramat atau maunah yang berlaku. Kalau ada masyarakat dan pemimpin dalam satu negara yang bertaqwa, maka Allah akan datangkan pertolongan ghaib yang luar biasa. Hingga jadilah negara itu seperti yang Allah SWT firmankan: Maksudnya: “Negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15) BILA UMAT TIDAK BERTAQWA Bila umat tidak bertaqwa, mereka lupakan Tuhan. Mereka menganggap Tuhan tidak ada peranan dalam hidup mereka.Dalam masalah hidup mereka, mereka tidak rujuk kepada Tuhan. Rasulullah SAW ada bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Ada Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah sehingga musuh begitu kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi macam buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya pula, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati.” Oleh kerana umat Islam cinta dunia maka Allah hukum sedikit demi sedikit. Allah tarik rasa cinta pada Allah. Apabila sudah tidak cinta pada Allah, maka terhakislah cinta terhadap yang lain. Hilang cinta sesama umat Islam. Hilang cinta sesama keluarga. Hilang cinta antara suami isteri. Hilang cinta antara ayah, ibu dan anak. Kerana cinta itu semua berpunca dari cintakan Allah. Cintakan Allah-lah yang menghidupkan cintacinta seperti itu. Bila cinta kepada Allah berpindah kepada cinta dunia, maka cinta-cinta seperti itu akan hilang. Oleh itu, hilanglah perpaduan dan kasih sayang. Umat Islam takut mati. Takut mati ini ialah takut mati kerana Allah. Umat Islam masih berani mati kerana dunia, kerana perempuan, kerana glamour, kerana nama atau kerana negara. Maka Allah cabut rasa takut dengan Allah dari hati-hati umat Islam dan Allah ganti dengan bermacam-macam rasa takut yang lain. Takut tidak makan, takut miskin, takut hilang kerja, takuthilang jawatan, takut isteri, takut tidak ada masa depan dan sebagainya. Akibatnya umat Islam hilang wibawa, hilang kekuatan, berpecah- belah dan lemah. Umat Islam mundur di mana-mana, kalah dan terhina di mana-mana. Masalah inilah yang memeningkan para ulama dan pemimpin. Masing-masing tidak tahu kenapa umat Islam lemah dan terhina dan tidak tahu bagaimana untuk menjadikan umat Islam ini kuat. Oleh itu mereka hanya mencuba dan mengagak-agak. Buat cara trial and error. Walhal semuanya telah diterangkan dengan jelas melalui Hadis Rasulullah SAW. Semua orang menganggap bahkan mereka yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selamat dan tidak akan bahagia kalau duit tidak cukup atau ilmu tidak tinggi atau jawatan tidak ada atau pangkat tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau kita tidak tiru apa yang dibuat oleh Barat atau kita tidak jadi macam Barat, kita tidak akan selamat dan kita tidak akan bahagia. Maka berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan itu. Semua menjadi yakin kalau kita jadi Barat, akan bahagialah dan akan senanglah hidup kita. Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak cantik, berkat meniru pembangunan Yahudi dan Nasrani. Ekonomi kita pun seakan-akan sudah pulih, walau belum ada seorang pun umat Islam yang telah berjaya membangunkan supermarket atau megamarket di mana-mana shopping centre di negara kita. Walaupun masih banyak gerai-gerai orang Melayu di tepi-tepi jalan, ianya tidak kekal dan pendek umur. Walaupun ikan-ikan tangkapan orang Melayu banyak, ia masih menjadi sumber kekayaan orang tengah dan kaum kapitalis yang terus-menerus menghisap darah para nelayan. Dari segi ilmu, bolehlah dibanggakan memandangkan jumlah universiti yang kian bertambahdan orang Melayu yang berdegree bertambah ramai. Namun para ilmuan itu tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak mampu berdikari untuk membina perusahaan, pembangunan dan perindustrian sendiri yang bebas dari makan gaji. Di samping itu, akhlak para lulusan tinggi tetap tidak jauh bezanya dengan akhlak orang yang berkelulusan rendah. Sikap mereka sama sahaja bahkan ada yang lebih teruk lagi. Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai seperti yang kita idamkan? Memandangkan pada gejala dan penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik dan masalah yang tidak habishabis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang bahagia, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat. Secara umumnya orangorang yang ada kuasa tidak bahagia kerana dilanda penyakit gila kuasa. Orang kaya pula tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada kekayaan dan harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana sering diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin dan bermacam- macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup semua golongan dalam masyarakat kita. Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan ilmu yang tinggi yang diagungagungkan tadi? Mampukah ia menyelesaikan segala masalah ini? Lihat di Barat! Kemodenan hidup telah menghantar manusia ke kancah kehidupan yang derita, sengsara dan bergelora. Keinsanan dan kemanusiaan rosak. Manusia sudah hilang moral, keperibadian dan tatasusila. Kasih sayang tidak ada danjenayah berleluasa. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat yang lebih rela hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam daripada hidup dengan manusia lain. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tidak ada. Kalau begitu, apalah erti segala pembangunan dan kemodenan yang dikejar itu? |
|
Read more...
|
|
|
Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Saturday, 17 March 2007 |
Keimanan dan ketakwaan kepada Illahi merupakan prinsip pertama gagasan Islam Hadhari. Ini menunjukkan iman dan takwa menjadi tunjang dan tulang belakang dalam membentuk tamadun ummah di akhir zaman ini. Ini kerana ketakwaan adalah kekuatan dalaman yang hebat. Tetapi persoalannya apakah difinisi tepat untuk makna takwa? Sahabat Omar al-Khattab pernah bertanya maksud takwa kepada sahabat Ubai bin Kaab. Ubai berkata, "Pemahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Omar, "Ya, pemah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh." Berkata Ubai, "Itulah takwa." Dari?pada jawapan Ubai bin Kaab, takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak melakukan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Tidak semua orang yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah Ali Imran ayat 102 hingga 103, Allah mengarahkan orang yang beriman bertakwa melalui firmannya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.
Ini bermakna sebenar-benar taqwa ialah umat yang bersatu-padu dan berganding bahu pada agama Allah dan tidak bercakaran sesama sendiri dengan menggunakan platform agama sebagai topeng kebenaran.
Antara ciri-ciri takwa adalah seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 3 hingga 5 yang bermaksud, . ?Mereka beriman dengan yang ghaib, mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka beriman kepada kitab (Quran) yang diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan di akhirat. Merekalah orang yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung."
Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata, "(Berpandukan ayat-ayat ini) takwa mempunyai tiang-tiang asas serta bangunannya. Tiang-tiang asas itu adalah iman, solat serta menafkahkan harta dan bangunannya adalah kepatuhan berpaksikan Kitab Allah. Kesemua ini adalah tuntutan takwa. Ramai orang tersilap apabila mereka menganggap golongan yang meminggirkan Al-quran sebagai golongan yang bertakwa. Sebahagian yang lain pula tersilap apabila mereka mengkategorikan golongan yang beriman tetapi mengabaikan solat dan nafkah sebagai golongan yang bertakwa."
Apabila diamati ayat 3 hingga 5 daripada surah Al-Baqarah, kita mendapati ciri takwa yang terpenting adalah beriman kepada perkara ghaib. Sahabat Abdullah bin Masud berkata, "Tidak beriman seseorang dengan sesuatu yang lebih afdal daripada beriman kepada perkara yang ghaib." Imam Abu Aliyah mentafsirkan perkara yang ghaib sebagai beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab Allah, rasul-rasulnya, hari akhirat, syurga, neraka, kebangkitan selepas mati serta per?temuan dengan Allah. Imam Zaid bin Aslam mentafsirkannya sebagai beriman kepada qadar. Hal ini disebutkan di dalam Tafsir al-Quran ai-Azim oleh Ibn Kathir.
Percaya kepada alam ghaib menjadikan umat Islam umat luar biasa kecekalan serta kehebatannya. Kepercayaan ini men?jadikan umat Islam mampu mengharungi penderitaan semasa diboikot ekonomi selama tiga tahun di Mekah. Ia juga menjadikan mereka sanggup meninggalkan harta benda di Mekah bagi merentasi padang pasir berhijrah menuju ke Madinah. Ia menjadikan mereka berani menghadapi musuh walaupun jumlah musuh lebih ramai daripada jumlah mereka.
Sebagai contoh, di Badar tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding dengan tentera Qp.raisy 1,000 orang. Di perang Khandak, tentera Islam berjumlah 3,000 orang berbanding dengan tentera Ahzab 10,000 orang. Di Yarmuk, tentera Islam berjumlah 39,000 orang berbanding dengan tentera Rom 240,000 orang. Di Qadisiyah pula, jumlah tentera Islam adalah 41,000 orang berbanding dengan tentera Parsi 200,000 orang. Berbekalkan keyakinan kepada Allah, tentera-tentera Islam berjaya mengalahkan musuh-musuh mereka dalam semua peperangan ini. Kepercayaan ini juga menjadikan khalifah Omar bin Khattab sering menyoal mereka yang datang menemuinya dari wilayah-wilayah Islam yang jauh berkenaan dengan keadaan golongan orang bukan Islam kerana tidak mahu umat Islam menzalimi mereka. Ia menyebabkan seorang wanita, pada zaman khalifah Omar, tidak mahu mencampurkan susu binatang yang dijualnya dengan air walaupun dengan cara itu dia akan mendapat keuntungan yang lebih. Dia sekadar berkata, "Jika Khalifah Omar tidak nampak perbuatanku, Allah melihat segala perbuatanku."
Begitu besarnya pengaruh kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib pada kehidupan umat Islam. Ia melahirkan amal soleh ,serta sikap positif dalam hidup. Tambahan daripada itu, kepercayaan ini mampu menghilangkan perasaan kecewa dan putus asa semasa diuji. Hal ini kerana umat Islam yakin, di tengah tengah ketidakadilan dan kekejaman dunia hari ini wujud keadilan dan pertolongan Ilahi. Oleh itu, kita perlu percaya untuk menegakkan konsep Islam Hadhari kita akan berdepan dengan sejuta mehnah dan tribulasi, maka ingatlah akan pertolongan Allah dan para Malaikat akan membantu hambanya yang menegakkan dusturNya.
Selain itu, takwa juga menjamin kejayaan dan kecemerlangan umat Islam. Dalam surah al-Talaq ayat 2 hingga 3 Allah menjelaskan, "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya." Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Zar, "Nabi telah membaca ayat ini kepadaku (Abu Zar), kemudian beliau bersabda, 'Wahai Abu Zar jika manusia berpegang teguh dengan ayat ini ia sudah mencukupi bagi mereka'."
Ayat ini yang dianggap oleh sahabat Abdullah bin Masud ,sebagai 'formula penyelesaian masalah yang teragung dalam al-quran? menunjukkan mereka yang bertakwa diilhamkan Allah dengan petunjuk dan petunjuk ini memampukan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, takwa juga memurahkan rezeki di dunia. Justeru, tidak benar apabila ada orang berpendapat Islam hanya memfokuskan kepentingan akhirat dan tidak mementingkan urusan dunia. Sebenamya, Islam mementingkan kedua-duanya cuma Islam mahu kedua? duanya dicapai atas landasan takwa.
Mengikut Ibn Abi Hatim, ayat ini diturunkan berkaitan dengan insiden Auf bin Malik ditawan musuh. Ayahnya, Malik al-Asyja'ii, meminta nasihat nabi berhubung dengan perkara ini dan nabi menyuruh Malik memperbanyakkan zikir dengan kalimat lahaula wala quwwata ilia billah. Tidak berapa lama selepas itu Auf dapat melepaskan diri dan beliau terus kembali dengan membawa unta-unta musuh bersama-samanya. Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku dan berita ini terus disampaikan kepada nabi. Nabi juga turut bersyukur dan mengizinkan unta-unta itu dimanfaatkan. Kisah ini menunjuk?kan takwa berkait rapat dengan pertolongan Allah dan rezeki yang murah.
Penonjolan serta manifestasi ayat ini adalah jelas. Antaranya, pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau terkenal sebagai pemimpin yang bertakwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam masa itu, kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat pada masa itu hidup dalam kemewahan. Berhubung dengan ini, Yahya bin Said meriwayatkan, "Khalifah Umar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk diberikan zakat. Namun golongan ini tidak aku temui. Sesungguhnya khalifah Omar Abdul Aziz telah menjadikan kami manusia yang kaya raya." Memang benar, takwa menjamin kecemerlangan umat.
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pemyataan Allah dalam surah al-Anfal ayat 29 yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah Dia akan memberi?kan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu."
Sahabat Abdullah bin Abbas, Imam Mujahid, Ikrimah, Dahhak, Qatadah dan Muqatil ibn Hayyan mentafsirkan kalimat furqan dalam ayat ini sebagai 'jalan keluar'. Mengikut sesetengah riwayat, sahabat Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai kemenangan dan pertolongan (daripada Allah). Imam Ibn Kathir merumuskan pandangan-pandangan ini dengan berkata, "Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kebahagiaannya di Akhirat"
Tambahan daripada itu, di samping keampunan, furqan dan anugerah-anugerah lain daripada Allah, orang yang bertakwa serta berpegang teguh pada agarna didapati lebih sihat daripada orang lain. Mengikut American National Institute of Health Research 75% daripada kajian-kajian sernasa yang berkaitan dengan agarna dan kesihatan rnenunjukkan agarna dan ibadah mendatangkan kesan positif pada kesihatan individu. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Harold G. Koenig, pengarah Centre for the Study of Religion/Spirituality and Health di Universiti Duke, orang yang berpegang teguh pada agama mempunyai hormon interleukin-6 yang tinggi dalam darah. Hormon interleukin-6 berfungsi rneningkatkan sistern daya tahan individu.
Justeru, rugi orang yang rnemperkecilkan takwa dan ber?gelumang dengan rnaksiat. Berhubung dengan ini, nabi berkata,?Sesungguhnya Allah rnenghararnkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan rnaksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir rnelainkan doa, dan tidak akan bertarnbah umur melainkan dengan rnelakukan kebaikan." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai dan Ibn Majah.
Begitu juga keadaannya dengan kota ataupun negeri yang penduduk-penduduknya mengabaikan takwa. Allah menimpa?kan bala serta menyempitkan pintu-pintu rezeki bagi penduduk?penduduk itu. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud, "Dan Allah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang secara mencurah-curah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan pakaian kelaparan dan ketakutan ke atas mereka, disebabkan apa yang mereka lakukan." |
|
|
Written by Admin
|
|
Thursday, 15 February 2007 |
|
Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah. Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita. |
|
Read more...
|
|
| | << Start < Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 1 - 9 of 269 |
|
|
|